Monday, August 16, 2010

kuih cara istimewa..


bahan-bahan

100 gm tepung
200 ml santan
1sudu jus pandan/air pandan
1 biji telur
1/2 sudu teh gula
pewarna hijau
gula sbg hijau

 sukarnya kehidupan anak kampung menyebabkan ibu tabah meniupkan api baraan untuk di bakar kuih cara secara tradisional...masih aku ingat kulit kelapa digunakan sebagai bhn bkar utama kami sekeluarga untuk membuat kuih cara yang enak..sekian

Saturday, August 14, 2010

keropok rasa wan anis


Tag

 

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air 

 semasa umur 4 tahun...masih segar di ingatan ayah akn menbawa pulang ikan segar dari pulau kambing untuk di proses bagi menyediakakan keropok rasa ibu...keropok buatan ibu tiada  bahan kimia atau bhn pengawet...ia asli seperti ikan, sagu, bhn perasa secukup rasa dan air... walaupun kenangan itu telah lama berlalu namun aku masih mengingati rasanye yg tiada tolak bandingnye lg...air tgn ibu mengalir rasa shahdu yang mendalam...huhuhu

satar buatan ibu dari terengganu

Banyak sungguh makanan tradisi di Negeri Terengganu, tetapi satar tetap menjadi pilihan utama di hati penulis. Selain daripada keropok lekor, bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan satar juga berasaskan adunan ikan-ikan segar. Ikan yang biasa digunakan adalah ikan selayang dan ikan kembung kerana kedua-dua ikan ini mempunyai banyak isi dan rasanya lebih sedap berbanding 


semasa bulan puasa 10 tahun y lalu, ibu selalu kejutkan aku untuk menyediakan juadah berbuka untuk di jual di pasar kedai buluh...kehidupan rutin kami sgt bermakna kerana hasil yang akan diperolehi digunakan untuk membeli baju raya... 

karipap rasa ibu

200 gm daging cincang
1 sudu besar rempah kari daging (dicampur air)
1 sudu besar minyak Serimas
1 sudu besar gula
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum

Cara Menyediakan Inti: -
1. Panaskan minyak Serimas.
2. Tumis bawang dan masukkan rempah kari daging yang
telah dicampur dengan air.
3. Masukkan daging cincang dan sedikit air.
4.Bila hampir kering, masukkan garam, sedikit gula dan
tepung gandum.
5.Setelah masak, biarkan sejuk.


Bahan-bahan Untuk Pastri Karipap :-
Bahan A :

2 cawan tepung gandum
¼ cawan minyak Serimas
1/2 sudu teh garam
Air ais
Bahan B :

70-110 gm marjerin Blossommm
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
Air ais

Cara Membuat Pastri Karipap:-
1. Gaulkan Bahan A sebati dan ketepikan.
2. Gaulkan Bahan B sebati dan ketepikan.
3. Bulatkan adunan A dan adunan B.
4.Bungkus adunan A dalam adunan B dan potong.
5.Canai memanjang dan gulung.
6.Canai lagi memanjang dan gulung kemas.
7.Potong kepada 3 bahagian dan canai bulat.
8.Letak inti dan kelim dihujung.
9.Goreng dalam minyak yang sederhana panas.

P/S -  jangan menggoreng karipap dengan minyak yang terlalu panas nanti kulit karipap menggerutu.. dan gunakan air ais untuk mendapatkan pastri yang rangup
[/i]